BLOGGER TEMPLATES AND Gaia Layouts »

Followers

Wednesday, October 26, 2011

SPECIAL FOR AWAK

hari yang cukup indah tapi rugi sebab aku demam , damn betol kan .
da bape ari demam still tak kebah lagik , agak kacau laa disitu kan . satu keje pun tak boleh buad .
entry for today , aku cuba gagahkan diri semata-mata for awak tau .
hope awak suka .

aku kenal dea masa aku sem satu , since that day aku kenal dea till now , we are still be a good friends , walaupun macam-macam da aku ngan dea hadapi dugaan . 
agak sedih bila i thought friendship kita macam end dekat situ tapi ...
Alhamdulillah aku ngan dea masih kuad nak harungi dugaan ni .

so , i made it special for you sayang .
btw, korang mesti nak tau sape dea kan , 
haha , sila lihat dibawah yea .

1

2

3







nie lah dea cik bambam saya , 
sayang awak sangatsangat tau .

simple wish dari aku :



Happy Birthday My Dear ,
ELIYA YAYA 
Moga Allah sentiasa memberkati hidup awak , ceria selalu ,
Sweet 20 .
Aku Doakan kau sentiasa dimurahkan rezeki .
Sorry sangat entry yang sangat simple sebab tak daya nak buad panjang2 .
demam la katakan .
;)
Cuba jugak gagahkan diri buad entry untuk awak.

hope kita tetap jadi kawan sampai bila-bila .
Amin .



tengs for giving me a chance to know awak and be your friends .
sayang kau sangat bambam .

kbai .

Monday, October 24, 2011

FEVER

aku tengah demam !

jangan ganggu aku eak .

kbai !

Tuesday, October 18, 2011

kepada -NYA aku mengadu segala-galanya

agak lama tak update blog disebabkan sebokk dengan BULAN BAHASA KEBANGSAAN laa pulakk , hadoiii , sumpahh penin aku dibuatnya . macammacam kerja nak kena buad sampai kena stayback till 12 midnight tau .  haha . sian aku kan ..dah macam staff yang dibayar gaji pulakk .. tapi takpe , bagi aku tue sume da adat laa dalam dunia pekerjaan kan . dengan satu sen elaun pun tak dibayar aku taknak merungut sebab aku tau yang one day nanti ganjaran yang Allah sediakan untuk aku lebih besar . Amin . 

agak lama aku menyepi and tak update apaapa pun dekat blog ni . tapi aku puas sebab dah beberapa lama ni aku jatuh macam nangka busuk and now aku da bangkit semula nak enjoy hidup macam biasa . in a few days ni aku da pikir macammacam, dapat macammacam and banyak lagi lahh , Alhamdulillah Allah tue maha mendengar  doa hamba hambanya . Aku tak putus putus berdoa kepada Nya supaya dia memberikan aku kekuatan yang kuat untuk harungi life aku sekarang ni . 

And in a few days ni jugak someone ni which is one of pegawai aku kat tempat keja dah share something yang aku rasa sangat boleh dijadikan pedoman hidup and teladan . sumpah aku suka sangat bila dea share something ngan aku .

Ayat dea yang aku rasa sangat best is ...

"FIND HIM, SEEK HIM IF YOU WANT TO KNOW YOURSELF"

aku sangatsangat paham maksud ayat ni . dea ada jugak cakap yang selama ni manusia dekat dunia , bila ada masalah baru nak mengadu kat Allah s.w.t. . and aku sangat agree sebab aku pun sama jekk macam orang laen. bila aku ada masalah barulah teringat nak mencari and berdoa kepada-NYA. tapi bila aku happy sedikit pun aku tak berkongsi and bersyukur dengan-NYA .

aku sebenarnya dah penat and dah tak larat sebab aku rasa aku dah cuba nak mendekatkan diri aku dengan kau tapi .. kau sikit pun tak layan . sumpah aku penad tapi aku tau one day nanti kau akan layan aku jugak macam dulu . tapikan , Allah tak suka umatnya cepat berputus asa . aku cuba yang terbaek untuk membetulkan apa yang tak baik dimata kau and apa yang tak betol pada pandangan kau . Bukan aku taknak berusaha tapi aku penad sebab kau terlalu ego . 

aku tak kesah if kau rasa kau boleh hidup tanpa aku . cuma satu jea aku nak kau tau ,, aku sayangkan kau and aku tunggu kau layan aku macam dulu tak kira bape lame sekalipun . dalam setiap doa aku , tak pernah aku putus putus berdoa supaya hubungan  kita dilindungi .

mungkin kau belum bersedia kan . takpe. aku tunggu kau oke . 

aku just nak say aku rindukan kau , aku rindukan gelak tawa kau yang dulu . aku rindukan perangai kau yang dulu .
 kalau kau rasa kau tak boleh nak go on dengan aku , kau remove jekk aku dalam hidup kau . aku redha kalau ni keputusan kau . mungkin pedih tapi aku tau aku kena terima jugakk . Thanks sebab pernah bersama dengan aku suka and duka . tengs a lot babes . 



kbai !

Monday, October 10, 2011

Share Something .

hai peeps , ada benda yang aku nak share ngan korang , ni pon aku amik dari kawan lama aku . note ni macam ringkas jekk , tapi best !

khas untok kaum adam di luar sana . termasuk Mr. Boyfie sekali tau . hikhik ..
tengs yea kawan bagi aku share benda ni . sayang kau .



ANDAI LELAKI TAHU ..... 

ANDAI LELAKI TAHU ? * apabila seorang perempuan jatuh cinta , lelaki itu tidak semestinyer punyer segalanyer. Tetapi lelaki itu adalah segalanyer di hatinyer.

ANDAI LELAKI TAHU ? * apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata nyer , itu bukan bermakna dia lemah , tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu ....



ANDAI LELAKI TAHU ? * apabila perempuan merajuk .. jangan menyatakan dia mengade-2 .. dia bukannyer mahu dipujuk dgn WANG RINGGIT ATAU HADIAH SEDOZEN  tetapi cukup lah dgn perhatian yg boleh buat perempuan rasa dihargai...

ANDAI LELAKI TAHU ? * apabila seorang perempuan marah mmg dia tidak dapat mengawal perasaan nyer .. tapi percayalah .. itu makna nyer dia sgt mengambil berat dan menyayangi lelaki itu ..


ANDAI LELAKI TAHU ? * apabila perempuan banyak bercakap ... dia tidak pernah bermaksud utk membuat anda rimas tapi dia mahu anda megenalinyer dgn lebih dekat lagi ..


ANDAI LELAKI TAHU ? *apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah .. itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda  seadanyer .. sebaliknyer, dia mahu mnjadikan anda lebih baik , itu bukan utk dirinya tetapi utk diri anda dan masa depanyer ...


ANDAI LELAKI TAHU ? *apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda. bukan bermakna dia tidak syg anda dan masih memerlukan anda sepenuh perhatian.. kdg-2 dia terlalu risau sekiranye terlalu percaya anda akan mengkhianati kepercayaan yg diberi .. dia hanya mahukan yg terbaik utk anda ...


ANDAI LELAKI TAHU ? *apabila perempuan berkata ada lelaki lain yg lebih baik dari kamu .. jgn percaya kata-2nya kerana dia hanya mahu menguji kamu sanggup menjadi yg terbaik di hatinye  , selagi dia dan kamu .. percayalah .. walaupun perempuan mengaggap masih ramai lagi baik dimatanyer tetapi di hatinyer kamu tetatp yg terBAIK ! ^^


p/s: kepada lelaki maybe ini yg seorang gadis mahukn dari anda ? cubalah menjadi yg terbaik bkn menjadi sempurna utk nya .. kerana tiada manusia yg sempurna di dunia ini :) and to all girls , korang setuju tak dgn ape yg korang bace ni . ty ~

kbai !























Kawan Lame Nak Kawen

hai peeps , hope korang sume oke jea . tajuk entry macam best jea gitu kan , haihhhh . for those yang da kawen tue best laa kan . for yang belum kawen tue mesti jeles tau ,

kawan lama aku nak kawen laa , adushhh ,, terkejot jugak dengar cite ni kan . ta sangka kawan lama nak kawen tapi aku happy for both of you laa .

actually yang nak kawen tu sebenarnye is ex-bf aku laa . arghhh , mulamula bila tau dea nak kawen macam terkejot jugak laa kan sebab tak sangka da kau nak kawen .

paling tak boleh bla is kau nak kawen dengan musuh aku laa beb , mau terbakar telinga aku dengar kau nak kawen dengan si perampas tu tapi tu sume da lepas kan and cite lame plak tue , aku tak kesah pon !!

haha , macam jeles jekk bunyinye kan , haha . nope ! aku tak jeles langsung oke , not at all sekali lagikk aku cakap . aku happy sebab jodoh kau da sampai kan walaupun kau kawen dengan junior kita yang mmg pftttt perangainye . tak sangka sungguh tau .

tibea-tiba teringat pulak kat cinta lama kita dulu , ouchhhh , sungguh sweet kan kenangan tu . i like it ..
tapi kan , aku tak kesah da sume tue sebab bagi aku kau hanya cinta monyet aku jekk , cinta sewaktu ketidakmatangan yang ada kat diri aku . haha !

teringat pulak waktu mulamula kau nak ngorat aku , haha ! sumpah macam bodo sebab yang ngorat mengorat tue bukan kau tapi aku ! sumpah malu gila sebab perigi carik timba kan .

tapi siyes laa tue sume kenangan kan , tapi aku harap kau tak pernah lupa kat aku and aku hope kita tetap kawan sampai bila bila . and aku sayang kau as a friend jekk ! fullstop !

no worry oke sebab wedding kau aku pasti akan datang sebab teringin nak tengok kau naek pelamin . mesti kau nampak sweet jekk ,

haha , niat aku datang pon sebenanye nak mintak seru sikit . hope pasni aku laa plak naek pelamin kan . haha .. gedik betol !

so aku kena laa save the date by 29 Oktober 2011 just untok kau jea sebab kau kan kawan aku , and tujuan aku datang wed kau pun semata-mata nak jumpa kawan lama aku . wahhh ! tak saba tau nak g wed korang.

walaupun kau kawen ngan si perampas which is mangsa bully aku waktu skola , aku tak kesa punggg laa .
tak saba nak datang wed kau and nak pakai gojes2 habis ! hikhik .

sumpah malas nak datang wed kau sebab kau kawen ngan mangsa buli aku , haha .. tapi dun worry atas dasar kawan aku nak datang gak and nak buad sesi kutuk mengutuk your future wife tue .
hahahahahahahah ( gelak setan )

nantikan entry khas untok kau and untuk tatapan followers aku . special untok kau walaupun kau tak baca kan ..

=)

save the date  yea ayn ..
  • 29/10/2011
  • Kampung Labu bt8 , 71900 Labu Seremban
  • Sabtu
p/s : nak carik baju gojes2 sangat for your wed ! ngeee ..

Takde Tajuk

hai peeps ,,
mcam mana monday korang ? oke tak . aku ni tak payah cakap laa kan , sumpah malas nak ke opis and sumpah malas nak bangun pagi , haha .. hari ni pagi pagi lagi da kena jadi usher gitu tau . arahan kan , so terpaksa la laksanakan , ekotkan hati nak jea amik cuti tapi mengenangkan aku ni student praktikal so i have to follow the rules laa .

baru jea jap tadi akak opis aku selamat melahirkan baby yang kedua and alhamdulillah also congrats sebab dapat baby boy . happy laa akak kan ,, pasni da tadap laa jumpe akak laa till ayn habes praktikal . tapi takpe , ade mase ayn datang melawat akak oke ,

maaf laa yea sebab hari nie hari entry campur aduk sedunia ! ngeee . =)

haiskkkk , hari ni ramai betol laa kan yang mc laa , El laa kat opis aku ni , yelaa bos takde kan , cuti sakan laa . aku ni ? kena laa keja . dah laa elaun pun taknak bagi pastu keje sikit punya banyak , tunggu laa aku report kat lecturer aku baru tau . perasan jekk kan ,, macam laa lecturer aku tue nak layan kerenah aku .

so, tugas aku hari ni is nak siapkan report yang agak lama aku tinggalkan before lecturer datang melawat aku kan .

kbai !

Saturday, October 8, 2011

Entry yang penuh geram dan emosi !


hai peeps , entry hari ni entry penuh emosi, maaf laa ye . aku memey otang yang cepat tersentuh dengan apaapa sekalipun. 
terkejot bila baca metro hari ni , cekidaut !

GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.
Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil. 

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah. 

Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.



“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.


astaga , subhanallah !
aku cukup tak sangka ada jugak manusia macam ni kat dunia . menitik air mata aku baca berita ni.
bayi yang baru berusia 23 hari da kena liwat .
dengan bapak sendiri pulak tue . Ya Allah , sungguh aku tak sangka benda macam ni boley jadi .
dunia akhir zaman , sungguh menakutkan . sebagai hamba allah dan nsan yang kerdil aku berharap mintak dijauhkan laa dari family aku . Amin.
aku harap moga diampunkan segala dosadosa aku sepanjang aku hidup kat dunia ni . 
memang sedih bila tengok bayi yang tak bersalah dijadikan mangsa. manusia jenis apa laa si suami ni kan, hopefully si anak berada dalam keadaan yang elok jea. Amin.

Wednesday, October 5, 2011

sesuatu yang tidak pasti !

aku tak nak mengharapkan sesuatu yang aku sendiri tak pasti dapat kecapi or tak .


kenapa aku letak pic nie ? sebab aku ade 3 sahabat yang sentiasa bersama aku waktu jatuh and bangun aku !


tapi , aku kena engat yang aku ni sememangnya tak layak nak mempunyai persahabatan yang terbaik ! emm ..
kawan masa ketawa memang banyak tapi waktu berduka , habuk pun takde .


aku berharap cinta aku akan kekal sampai bilabila , Amin ..

kbai !

Tuesday, October 4, 2011

LAYANKAN LAGU NIE !


Love u like a love song MOHD REDZUAN BIN YUSOF !


Lagu khas buat kawankawan aku ! miss korang !

kbai !

Monday, October 3, 2011

aku nak ...

hallo readers and stalkers ,, hari sume berjalan dengan lancar  walaupun korang tau hari ni hari paling bored sebab sume stat keje , ahahahah ,, so aku nak and aku berharap apa yang aku nak aku capai . Amin ...

so, lets cekidaut yea apa yang aku nak and berharap sume ni aku dapat before penghujungnya tahun 2011 . Amin ..


MARC JACOB idaman aku !

Toms shoes , yawwww !



beg GUESS , ,


jam GUESS ,,


TOMS shoes again ,,



LONG CHAMP collection !



BLACKBERRY !



ESPRIT watch !


holiday kat SINGAPORE plus shopping !


ha, nampak logo apa tue kan, back to school again ! belajar bawak moto and amik lesen !



EGO'S moto laa kan !

hopefully aku dapat apa yang aku nak ! 

kbai !

Sunday, October 2, 2011

kepentingan persahabatan !

happy sunday semua ,,

now, me nak cite sikit pasal tips-tips menjadi sahabat yang baik .. mai kite renung2kan ! hope jadi panduan .

  • Memulakan memberi salam apabila bertemu. 

Motivasi: Memberi salam terlebih dahulu tanda merendah diri seseorang kepada Allah.  Allah sangat cinta pada hamba yang tawaduk. 
  •  Memanggil nama sahabat dengan nama yang disukainya sama ada di depan atau di belakangnya.

Motivasi: Kita juga suka orang menyebut nama yang kita senangi sama ada di depan maupun di belakang kita.  Jadi lakukan perkara yang sama pada kawan kita.
  •  Menumpukan perhatian tatkala sahabat bercakap serta elakkan memotong cakapnya.

Motivasi: Allah suka kepada seseorang yang fokus dan mengambil berat terhadap orang lain.  
  •  Menyampaikan pujian orang terhadap sahabat.  Jika kita sembunyikan bererti kita sebenarnya menyimpan rasa dendam dan iri hati.

Motivasi: Allah suka kepada seseorang yang ikhlas dalam persahabatan.  Menyampaikan pujian di sini bertujuan menggalakkan sahabat kita konsisten menunaikan perkara yang baik. Bukan bertujuan membodek. 
  •  Tidak menceritakan kejian dan celaan orang terhadap sahabat.  Ini untuk mengelakkan rasa kurang senang dan tercetusnya krisis.

Motivasi: Allah suka seseorang yang mengelakkan perkara yang menggusarkan hati sahabatnya.   
  •  Memberi pertolongan kepada sahabat yang memerlukannya tanpa menunggu dia memintanya.  Kalau dia memohon bantuan, wajib kita bantu setakat termampu.

Motivasi: Allah menolong seseorang selagimana dia menolong sesama insan dalam kebaikan.  
  •  Mengutamakan keperluan dan kepentingan sahabat dari kepentingan diri. 

Motivasi: Allah mengasihi seseorang yang mampu mendahulukan keperluan orang lain mengatasi dirinya sendiri.  Allah sebaik-baik pemberi rezeki.  Apa yang kita berikan akan diganti dengan yang lebih baik. 
  •  Memandang dan membuat anggapan positif terhadap sikap sahabat.  Elakkan prejudis pada mereka. 

Motivasi: Secara tidak disedari, orang yang suka bersangka buruk pada orang lain telah menghukum di atas perkara yang tidak diketahui dengan jelas.  Allah membantu seseorang yang suka bersangka baik dengan orang lain. 
  • Memberi nasihat terhadap kesalahan dan kelalaiannya.  Jika melihat kawan kita mulai lalai atau melakukan kesalahan, tegur dan beri nasihat secara rahsia.

Motivasi: Umpama kita tersalah jalan mahu menuju ke suatu tempat.  Kemudian rakan kita menegur kita.  Pastinya kita suka dan berterima kasih kepadanya.  Kita juga suka kalau kesalahan kita tidak diperbesarkan dan ditegur tanpa diketahui orang lain.  Ia menunjukkan maruah kita dihargai. 
  •  Sentiasa memaafkan kesalahan sahabat kita.  Bila melihat dia lakukan kesalahan, tidak ditempelak seperti kata pepatah, ‘memulangkan paku buah keras’.  

Motivasi: ‘Memulangkan paku buah keras’ bererti kita mendendaminya.  Apakah kita ikhlas bersahabat dengannya selama ini?  Allah bersama orang yang ikhlas. 
  • Sekiranya dia minta maaf, terima saja apa alasan yang diberikan tidak kira benar atau tidak. 

Motivasi:  Serahkan sahaja perkara yang tidak diketahui kepada Allah.  Lagi pula, Allah tidak akan bertanya pada kita apakah kawan kita berbohong atau tidak.  Yang pasti, Allah akan tanya kita apakah kita telah memaafkan sahabat yang telah meminta maaf. 
  •  Tidak mengulang tayang kesalahan atau keburukannya yang pernah dilakukan pada kita.

Motivasi: Apakah kita suka kalau sahabat kita mengungkit kesalahan kita yang lalu sedangkan kita sudah menginsafinya. 
  •  Elakkan berkelahi pada perkara remeh temeh.  Apatah lagi mengeluarkan kata-kata kesat.

Motivasi: Perkelahian pertama di dunia ialah antara dua anak Adam iaitu Qabil dan Habil. Ia dicetuskan oleh Iblis yang memusuhi manusia hingga kiamat.  Justeru ingatlah, apabila kita berbalah tanpa didasari kebenaran, sebenarnya kita menurut jejak-jejak Iblis. 
  •  Menyembunyikan segala rahsia sahabat  dan tidak menceritakan kepada orang lain walau kepada pasangan (boyfriend/girlfriend) kita sendiri.
Motivasi: Allah menyembunyikan rahsia kita selagi kita menjaga rahsia sesama kita. 
  •  Tidak mendesak atau memaksanya sehingga dia rasa terbeban dengan permintaan kita itu.
Motivasi: Apakah kita suka didesak atau dipaksa melakukan atau menunaikan sesuatu? 
  •  Menjiwai apa yang dirasakannya sama ada senang atau susah.  Gembira dengan perkara yang menggembirakannya dan bersedih dengan sesuatu yang menyedihkannya.

Motivasi:  Apakah yang kita rasa bila kita sedang gembira, sahabat kita mengerut-ngerutkan mukanya?  Apakah yang kita rasa bila kita bersedih, kawan kita bergelak ketawa di hadapan kita? 
  • Memberi hadiah sempena hari lahir sahabat atau kerana apa sahaja yang bersesuaian.

Motivasi: Allah cinta kepada orang yang bermurah hati. 
  • Sentiasa memupuk kasih sayang dengannya hingga akhir hayat.

Motivasi: Allah cinta kepada orang yang saling berkasih sayang keranaNya.  Justeru Allah menegaskan bahawa salah satu dari dua doa yang tidak dimakbulkan ialah doa supaya diputuskan silaturrahim.  Memelihara silaturrahim serta mengekalkannya juga dapat memanjangkan umur. 
  •  Mengucapkan terima kasih di atas kebaikan sahabat terhadap kita.

Motivasi: Allah berjanji kalau kita sentiasa berterima kasih dengan nikmat yang diperolehi sama ada pada manusia atau kepadaNya, maka Dia akan tambahkan lagi nikmat tersebut.  Ini janji Allah.  Nescaya ditepati.  
  •  Sentiasa mendoakannya.  Doakan selalu sahabat-sahabat kita ketika dia masih hidup atau setelah dia meninggal dunia.

Motivasi: Para malaikat akan selalu mendoakan kita selagimana kita mendoakan kebaikan buat sahabat-sahabat kita. 
  • Menziarahi sahabat tatkala dia sakit atau ditimpa bencana.

Motivasi:  Allah suka kepada hamba yang mengambil berat hal orang lain. 
  •  Mengiringi sahabat ke pintu ketika dia hendak pulang setelah menziarahi kita.

Motivasi:  Sikap ini menandakan kita menghargai kunjungan sahabat.  Sahabat kita pula merasa dirinya dihormati dan dihargai.  Kesannya ia mampu menambahkan kasih sayang sedia ada. 
Lakukan semua perkara di atas kerana cintakan Allah.  Apa yang telah kita amalkan, sama-samalah kita berusaha untuk konsisten dengannya.  Mana yang kurang, sama-sama kita perbaikinya.  Insya Allah, persahabatan kita berkekalan dengan limpahan barakah dariNya. 





entry khas untuk kawankawan me oke !


me sayang kau sangatsangat kawan !!



me sayang awak !!


love both of you , tengs for being my friends !! hope korang pun happy kawan ngan aku !!

p/s: aku sayang korang ketadketad ! aku ni sahabat yang baek ke ? tett !

kbai !