hai peeps , entry hari ni entry penuh emosi, maaf laa ye . aku memey otang yang cepat tersentuh dengan apaapa sekalipun.
terkejot bila baca metro hari ni , cekidaut !
GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.
Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.
Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.
Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.
“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.
astaga , subhanallah !
aku cukup tak sangka ada jugak manusia macam ni kat dunia . menitik air mata aku baca berita ni.
bayi yang baru berusia 23 hari da kena liwat .
dengan bapak sendiri pulak tue . Ya Allah , sungguh aku tak sangka benda macam ni boley jadi .
dunia akhir zaman , sungguh menakutkan . sebagai hamba allah dan nsan yang kerdil aku berharap mintak dijauhkan laa dari family aku . Amin.
aku harap moga diampunkan segala dosadosa aku sepanjang aku hidup kat dunia ni .
memang sedih bila tengok bayi yang tak bersalah dijadikan mangsa. manusia jenis apa laa si suami ni kan, hopefully si anak berada dalam keadaan yang elok jea. Amin.
0 comments:
Post a Comment